logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Seminar Pengenalan Keusahawan di bawah Program Do It Money (DIM) Wilayah KETENGAH Tahun 2023

Telah berlangsung Seminar Pengenalan Keusahawan di bawah Program Do It Money (DIM) Wilayah KETENGAH Tahun 2023 bertempat di Kolej Ketengah Sdn. Bhd.

Seminar tersebut melibatkan seramai 58 org peserta merangkumi 3 daerah dalam Wilayah KETENGAH. Perkongsian seminar telah diberikan oleh Encik Mohd Syahril bin Kamarudin (Coach Syahril) dari Speedofis99 Academy Sdn. Bhd. Pada masa yang sama seminar tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan Korporat KETENGAH.

Objektif pelaksanaan seminar bertujuan untuk membantu dan menggalakkan masyarakat dalam Wilayah KETENGAH khususnya belia dan beliawanis yang tidak mempunyai pekerjaan bagi menceburi bidang keusahawanan yang berkonsepkan dropship & agent.

Didoakan semoga pelaksanaan seminar tersebut mampu memberi pendedahan dan percambahan ilmu dalam melebarkan manfaat kepada masyarakat.