Sebagai seorang usahawan yang terlibat dalam perusahaan makanan, amalan kebersihan makanan yang baik perlulah dititikberatkan oleh semua pengusaha makanan. Oleh itu, satu Sesi Taklimat Usahawan Makanan Sediaan di Rumah (Home-Based Food) telah diadakan bertempat di Galeri Pavilion Usahawan, Bandar Al Muktafi Billah Shah.
Sesi taklimat ini dianjurkan oleh KETENGAH dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan seramai 18 orang usahawan telah hadir ke sesi taklimat ini.
Objektif utama sesi taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan dalam memastikan penyediaan makanan bagi tujuan jualan adalah memenuhi keperluan amalan kebersihan dan keselamatan makanan serta dalam masa yang sama menjamin makanan yang disediakan tersebut tidak tercemar dan boleh menyebabkan keracunan makanan kepada pelanggan.
Selain itu, usahawan juga berpeluang untuk mendaftar melalui sistem FoSIM (Food Safety Information System of Malaysia) di mana ianya menyediakan gerbang tunggal bagi industri makanan berpusat, yang boleh diakses melalui portal web dan aplikasi mudah alih.
Kepada usahawan-usahawan berkaitan yang masih belum mendaftarkan diri, anda boleh ke laman web https://fosim.moh.gov.my untuk berbuat demikian.