logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

SESI TEMU MESRA BERSAMA PESERTA PROGRAM PENGUKUHAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Seramai 56 orang peserta dari Program Perintis Pertanian Luar Bandar (Rintis Tani), Program Suri Impian(Suria) dan Program Do It Money (DIM) telah hadir ke sesi temu mesra bersama pengurusan KETENGAH.

Program ini telah diadakan pada 10 Ogos 2023 bertempat di Dewan Gunasama, Pusat Komuniti Desa (PKD) bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Program ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki. Hadir sama Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid.

Sesi temu mesra ini bertujuan perkongsian ilmu dan mendengar permasalahan serta cabaran yang dihadapi oleh peserta untuk memajukan lagi perusahaan mereka. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara peserta program dengan pengurusan dan pegawai KETENGAH.

Pengerusi mengharapkan agar program seperti ini dapat diadakan secara berkala untuk memantau perjalanan program para peserta dan membantu menangani masalah yang dihadapi oleh peserta dalam bidang masing-masing.