3 Mac 2022-Kuala Terengganu.
Sebentar tadi telah berlangsung Sidang Media Program Jualan Keluarga Malaysia Pasar Prihatin (PASKET) Wilayah KETENGAH Tahun 2022 oleh YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH. Hadir sama pada sidang media berkenaan YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) dan Puan Fadhlina binti Mohamed, Pengurus Ekonomi dan Usahawan.
Jemput datang beramai-ramai dengan pelbagai acara menarik disediakan dan harga yang lebih murah pada 5 hingga 6 Mac 2022 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Jumpa anda di sana.
Post Views: 1,355