logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Sumbangan dihulur, kurangkan beban.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang dialami oleh keluarga Encik Ibrahim bin Idris setelah ditimpa musibah susulan rumah yang mereka duduki musnah dalam satu kebakaran pada jam 10.30 malam, 25 Disember 2018. Punca dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan pihak BOMBA. Sehubungan dengan itu, Pengurusan KETENGAH turut turun padang meninjau keadaan rumah mangsa di Taman Hidayah, Bandar Seri Bandi, Kemaman Terengganu. Bantuan awal turut dihulurkan oleh YM. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH kepada keluarga mangsa berupa wang saku, pakaian sekolah dan hamper.