Nasib malang menimpa keluarga Encik Nawai Sulaiman yang tinggal di Taman Permai, Peringkat 1, Bandar Ceneh Baharu Kemaman apabila kediamannya telah mengalami kebakaran.
Rumah yang didiami bersama isteri dan empat orang anaknya itu musnah teruk, dipercayai berpunca daripada kotak fius meletup dan terbakar sehingga menyebabkan api marak dengan cepat. Anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Pengerusi KETENGAH, Y.Bhg. Dato’ Seri Dr Haji Ahmad Said telah bertanya khabar dan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.
Hadir sama Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial KETENGAH, Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid yang mewakili Pengurus Besar KETENGAH
Post Views: 1,083