10 April 2023-Hulu Terengganu.
Seramai 223 orang penerima Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) yang terdiri daripada golongan asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mereka yang sakit terlantar telah menerima sumbangan mereka di 2 lokasi berbeza.
Lokasi pertama iaitu Kampung Durian Kassim, seramai 98 orang telah menerima sumbangan TAMK daripada Pengurus Kanan Korporat KETENGAH, Tuan Haji Mahdi Amin Ahmad.
Manakala lokasi kedua, bertempat di Kampung Tok Dor, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad telah menyerahkan sumbangan kepada seramai 125 orang penerima.
Program Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH dan Sumbangan TAMK Sempena Ramadan Al Mubarak 1444H/2023M telah mendapat kerjasama yang baik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu dan MAIDAM. Program berakhir dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah
Post Views: 1,294