17 April 2023 (Isnin)- Bandar Seri Bandi, Kemaman.
Seramai 216 orang asnaf telah menerima bantuan dari Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) bertempat di pekarangan Masjid Seri Bandi dalam Program Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH Sempena Ramadan Al Mubarak 1444H/2023M.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub bersama-sama Pengerusi KETENGAH, YB Dato’ Seri (Dr) Ahmad Said telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada para penerima.
YB Datuk Salahuddin berkata, “Meskipun kita berlainan kementerian, kita semua tetap dalam satu persamaan yakni agenda memastikan masyarakat luar bandar ini dapat kita bantu dengan sebaiknya”.
Hadir sama Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa dan pemimpin masyarakat setempat.
Semoga sumbangan yang disampaikan pada petang ini dapat memberikan sinar dan meringankan bebanan asnaf yang terlibat.