Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menghantar penyertaan dua kumpulan KIK iaitu Spectra dan Tulip pada Konvensyen Team Excellence 2018 bersempena Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition (APIC) 2018 yang telah berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) pada 13-15 November 2018.
Pada Konvensyen kali ini kumpulan Spectra dan Tulip telah mendapat pengiktirafan Anugerah Emas 4 Bintang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua kumpulan. Semoga pencapaian ini akan terus menjadi inspirasi warga KETENGAH dalam membudayakan inovatif dan kreatif.
Post Views: 870