Taman Tropika terletak di dua pulau iaitu Pulau Tekak Besar dan Pulau Sungai Tekak. Taman ini adalah sebuah pusat eko-pelancongan, penyelidikan dan pembangunan untuk pelbagai jenis buah-buahan termasuklah buah-buahan tropika, buah-buahan eksotik dan juga buah-buahan tempatan yang hampir pupus di Malaysia. Taman ini dikategorikan kepada beberapa buah zon yang berbeza mengikut fungsi dan kegunaan tumbuh-tumbuhan. Setiap zon menyediakan informasi yang berguna kepada para pengunjung untuk mengetahui dan mempelajari cara-cara yang betul untuk memetik buah-buahan dan pengunjung juga berpeluang untuk menikmati lebih daripada 100 jenis buah-buahan ketika musimnya.
\