PEMBERITAHUAN TAWARAN BUGGY TERPAKAI KETENGAH TAHUN 2020
NO SEBUTHARGA : LKTT: KP(A) / 03 / 2020
- Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat / orang perseorangan yang berminat untuk MEMBELI BUGGY TERPAKAI yang telah dilupuskan di KETENGAH.
- Senarai buggy tersebut adalah sebagaimana lampiran yang disertakan.
- Buggy tersebut boleh dilihat di lokasi yang dinyatakan di atas pada 8 September 2020 jam 10.00 pagi.
- Tawaran hendaklah menggunakan borang tawaran yang boleh didapati di Pejabat KETENGAH, Unit Pengurusan Aset, Bahagian Kewangan dan Perakaunan, Bandar Al Muktafi Billah Shah atau di laman web Ketengah.
- Semua tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditanda No.Sebutharga dan Perkara dan dimasukkan ke dalam peti Sebutharga di Bahagian Kewangan dan Perakaunan atau dihantar melalui pos dialamat :-
Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah,
Beg Berkunci No. 3,
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah,
Dungun, Terengganu.
No Tel : 09-8231000
(U.P : Bahagian Kewangan dan Perakaunan) - KETENGAH adalah tidak terikat menerima mana-mana sebutharga yang diterima.
- Syarat-syarat jualan adalah sebagaimana berikut:
- Buggy tersebut akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
- Penyebut harga dikehendaki membayar Wang Amanah (Deposit) sebanyak 5% daripada harga tawaran yang dibuat bagi sesebuah buggy.
- Bayaran deposit hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank di atas nama Pengurus Besar KETENGAH.
- Tawaran tanpa/kurang deposit sebutharga tidak akan dipertimbangkan.
- Semua buggy adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as is where is basis).
- Penyebut harga yang berjaya hendaklah membayar amaun penuh harga tawarannya dalam masa satu (1) minggu dari tarikh surat tawaran.
- Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh satu (1) minggu, KETENGAH berhak membatalkan tawaran berkenaan dengan apa-apa cara. Wang Amanah (Deposit) tidak akan dikembalikan kepada penyebut harga yang berjaya sekiranya penyebut harga tersebut tidak menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
- Penyebut harga yang berjaya dikehendaki mengambil dan mengeluarkan buggy tersebut dalam masa satu (1) minggu selepas bayaran penuh dibuat.
- Jika tidak, KETENGAH berhak untuk melupuskannya semula dan bayaran yang telah dibuat akan dilucuthak. Segala bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum buggy tersebut boleh dikeluarkan daripada premis KETENGAH.
- Semua perbelanjaan bagi mengangkut dan mengeluarkan buggy adalah ditanggung oleh pembeli sendiri.
- Bagi penyebut harga yang menyertai tawaran tetapi tidak berjaya, deposit akan dikembalikan setelah keputusan sebutharga diperoleh dan penyebut harga yang berjaya membayar sepenuhnya harga jualan buggy tersebut.
- Tawaran ini ditutup pada 13 September 2020 (Ahad) jam 12.00 tengahari. Tawaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
Post Views: 882