13 April 2026 – Yayasan KETENGAH terus memperkukuh agenda kebajikan serta keprihatinan terhadap masyarakat di wilayahnya melalui penyaluran sumbangan kecemasan kepada penduduk yang kediamannya terjejas akibat kejadian pokok tumbang pada 18 Januari 2026 di Kampung Pasir Raja, Dungun.
YBrs. Encik Jafre bin Taib, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, mewakili pihak pengurusan KETENGAH, telah hadir menyampaikan sumbangan kepada penerima, Encik Muhammad Al Amin bin Khalid. Bantuan tersebut bertujuan meringankan beban serta membantu proses pembaikan kerosakan yang dialami.
Yayasan KETENGAH akan terus komited dalam memantau kebajikan masyarakat bagi memastikan bantuan kecemasan dapat disalurkan secara cepat dan berkesan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.













