logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐€๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐€๐ก๐ฌ๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ค๐ก๐ฌ๐ข๐š๐ก ๐๐ž๐ฅ๐ข๐š ๐‹๐ฎ๐š๐ซ ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ

โ—พ๏ธKETENGAH di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) KKDW telah melaksanakan Program Aspirasi Ahsan Syakhsiah Belia Luar Bandar (ASY-SYABAB) – Program Bina Insan (PBI) dengan penglibatan peserta seramai 40 orang belia daripada keluarga dalam kalangan e-kasih dan miskin dalam wilayah.

โ—พ๏ธ Program diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 11 sehingga 13 Oktober 2023 di Wilayah PERDA Pulau Pinang.

โ—พ๏ธProgram ini salah satu usaha KETENGAH bagi membantu penduduk Wilayah dalam membangunkan minda dan sikap komuniti luar bandar bagi memastikan kelangsungan hidup yang lebih baik. Belia- belia ini berpotensi untuk meningkatkan jati diri dan seterusnya membantu keluarga keluar dari kepompong kehidupan sekarang.

โ—พ๏ธ Antara pengisian program yang dilaksanakan ialah : (i.) Sesi Ice Breaking, (ii.) Sharpen The Saw : Mengenali Potensi Diri, (iii.) Komunikasi Hebat : Kau dan Aku Berbeza, (iv.) Minda Cemerlang : Mencapai Kejayaan, (v.) From Good To Great : Design Your Life dan Power Action Plan, bertujuan untuk memperkasakan peranan belia dalam wilayah agar dapat membentuk komuniti desa yang utuh pada masa hadapan seterusnya bersama-sama KETENGAH dalam mencapai matlamat pembangunannya.

โ—พ๏ธ Program turut diisi dengan lawatan bermaklumat ke (i.) Agro Tourism : River Cruise, (ii.) Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-Tech) dan (iii.) usahawan PERDA : Jeruk Pak Ali dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

โ—พ๏ธ Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh YM. Datoโ€™ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan turut dihadiri oleh Cik Massuria binti Md. Hussin, Pengurus Pembangunan Insan mewakili Pengurus Besar PERDA.