Bandar Ketengah Jaya, 13 Februari 2026 โ Sedang berlangsung Festival FELDA Terengganu 2026 yang bertempat di Padang Astaka, Bandar Ketengah Jaya bermula hari ini, 13 Februari sehingga 15 Februari 2026. KETENGAH turut memberikan kerjasama erat kepada Pejabat FELDA Wilayah Terengganu dalam menjayakan penganjuran program berskala besar ini.
Bagi hari pertama penganjuran iaitu pada Jumaat, 13 Februari 2026, KETENGAH telah dijemput menyertai Pertandingan Memasak Gulai Kawah yang membawa tema โMacam Dulu-Duluโ. Pertandingan ini telah diadili oleh barisan juri profesional bersama wakil agensi, dengan penilaian merangkumi aspek rasa masakan, persembahan, kebersihan serta keceriaan pasukan.
Hasil keputusan rasmi pertandingan, pasukan KETENGAH berjaya meraih Tempat Ketiga. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kakitangan yang telah bertungkus-lumus sebagai ahli pasukan dalam memastikan penyertaan kali ini membuahkan hasil yang membanggakan.
Selain itu, KETENGAH juga akan menyertai Pertandingan Rumah Zon (Khemah Berhias Tradisional) dengan mengetengahkan tema warna merah. Persiapan dan dekorasi sedang giat dijalankan bagi memastikan penyertaan kali ini tampil menarik serta menonjolkan elemen tradisional yang kreatif.
Penyertaan KETENGAH dalam festival ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam menyokong program komuniti serta mengeratkan hubungan strategik bersama agensi-agensi setempat. KETENGAH akan sentiasa bersama masyarakat dalam memacu pembangunan sosial, ekonomi dan kesejahteraan komuniti secara inklusif dan berterusan.

















