logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π— π—˜π—‘π—”π—‘π——π—”π—§π—”π—‘π—šπ—”π—‘π—œ π— π—˜π— π—’π—₯𝗔𝗑𝗗𝗨𝗠 π—£π—˜π—₯π—π—”π—‘π—π—œπ—”π—‘ (𝗠𝗼𝗔) 𝗔𝗑𝗧𝗔π—₯𝗔 π—žπ—’π—Ÿπ—˜π— π—žπ—˜π—§π—˜π—‘π—šπ—”π—› 𝗗𝗔𝗑 π—¨π—‘π—œπ—©π—˜π—₯π—¦π—œπ—§π—œ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—‘π—§π—”π—‘

Satu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Kolej Ketengah dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah berlangsung dengan jayanya di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
Perjanjian ini telah dimeterai oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman, Pengerusi Kolej Ketengah dan Yang Berbahagia Profesor Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan.

Majlis menandatangani perjanjian ini turut disaksikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH; Yang Berbahagia Prof. Dr. Huzili bin Hussin, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Malaysia Kelantan; Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Razali bin Mahmud, Ketua Eksekutif Kolej Ketengah; serta Yang Berbahagia Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Ashlyzan bin Razik, Pengarah Pusat Pendidikan Luar UMKCEE.

Hadir sama Encik Faizol bin Ab Aziz , Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial yang mewakili YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah dan Pengelola, serta pengurusan tertinggi dari UMK dan Kolej Ketengah.

Kerjasama ini menandakan satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan jaringan akademik, penyelidikan dan pembangunan modal insan antara kedua-dua institusi dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan tinggi seiring dengan keperluan industri di rantau ini.