logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ผ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ง๐˜‚๐—ถ๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ธ ๐— ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ (๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ) ๐—ช๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—› ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Program Motivasi Tuisyen Intelek Muda (ILMU) Wilayah KETENGAH Tahun 2025 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Turut bersama dalam program ini adalah Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial KETENGAH.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Encik Mohd Zulkafli bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah Kanan (TVET) Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Puan Nur Zalikha binti Kamarul Zamri, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Operasi Kolej Ketengah, Tuan Haji Abu Khuaraiah bin Abu Bakar, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pengurusan Sekolah), Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman dan Encik Marzuki bin Musa, Pengetua SMK Cheneh Baru. Dalam program ini juga diselitkan slot akhir motivasi yang mendapat sambutan yang cukup baik daripada para ibu bapa yang turut dijemput bersama untuk hadir dalam slot ini.

Seramai 1,133 pelajar calon SPM & STPM dari seluruh Wilayah KETENGAH telah menerima manfaat daripada Program ILMU pada tahun 2025 ini, yang mengandungi:
โœ… Tuisyen Pemerkasaan Subjek Teras SPM & STPM
โœ… Slot-slot Motivasi & Sahsiah Diri
โœ… Lawatan ke IPT & pusat kemahiran untuk pelajar berpotensi
โœ… Sesi bersama ibu bapa bagi meningkatkan kesedaran pendidikan

Sejak daripada tahun 2021, seramai lebih daripada 4,000 orang pelajar telah mendapat manfaat daripada program ini. Statistik juga menunjukkan jumlah pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM kian meningkat saban tahun. Ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan buat pelajar-pelajar di Wilayah KETENGAH.

KETENGAH telah memperuntukkan RM300,000.00 setiap tahun sepanjang RMK-12 bagi menyokong inisiatif pendidikan luar bandar melalui program ILMU ini dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1,500,000.00.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah menyertai! Semoga kejayaan milik anda semua dalam peperiksaan SPM dan STPM nanti, dan semoga ILMU ini menjadi suluh dalam membina masa depan yang gemilang.