logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž ๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ-๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ – ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐—ญ๐—”๐—›๐—œ๐——

AHAD | 8 Februari 2026 : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Pelan Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2026-2030 yang menetapkan hala tuju pembangunan luar bandar bagi tempoh lima tahun.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pelan tersebut memberi penekanan kepada lima kluster utama, iaitu ekonomi desa, modal insan, jaringan prasarana, usahawan desa dan sistem penyampaian perkhidmatan.

โ€œSebanyak 20 strategi dan 49 inisiatif dirangka bagi memacu pembangunan luar bandar secara bersepadu dan mampan, dengan sasaran manfaat kepada 8.17 juta penduduk desa, iaitu 24 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia,โ€ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Permukiman KKDW 2026 dan Pelancaran Pelan Strategik KKDW 2026-2030 hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.