Pada 27 hingga 29 September 2024, telah berlangsung ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐@๐๐๐๐ di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) . Program ini merupakan ekspo tahunan yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat khususnya ibu bapa serta pelajar dan seterusnya menarik minat pelajar untuk menyertai program TVET yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah turut serta dalam ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐@๐๐๐๐ pada tahun ini yang melibatkan Kolej KETENGAH serta Usahawan Bimbingan KETENGAH iaitu Muhammad Al Ahnaf bin Mohd Roslan dengan membawa produk hidroponik NFT dan makanan inovasi.
Ekspo ini diharap dapat mempelbagaikan bentuk promosi/ publisiti bagi peluang latihan kemahiran di peringkat nasional dalam usaha mengarusperdanakan bidang TVET sebagai pilihan pendidikan dan kerjaya di masa hadapan untuk para pelajar dan belia khususnya di Wilayah KETENGAH.
Turut hadir sama, Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Bin Tengku Musa diiringi oleh pegawai dan kakitangan KETENGAH.