Pada 28 hingga 30 Oktober 2024, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui Unit Integriti telah melaksanakan ๐๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐จ๐ฏ๐๐ซ๐ง๐๐ง๐ฌ, ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐ข๐ซ๐๐ฌ๐ฎ๐๐ก ๐๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฐ๐๐ข ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ค๐ฌ๐๐ง๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ bertempat di EPF Learning Campus, Kajang Selangor Darul Ehsan.
Kursus ini melibatkan seramai 29 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kumpulan Pelaksana I.
Kursus tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH.
Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh beberapa orang penceramah jemputan dari pelbagai agensi seperti SPRM, AKPK, KKDW termasuklah dari KETENGAH sendiri.
Objektif pelaksanaan kursus bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada peserta berkaitan jenis-jenis kesalahan rasuah dan kesannya serta langkah pencegahan rasuah. Di samping itu, peserta juga dapat mengetahui tentang kesalahan dalam perolehan kerajaan, kesalahan tatatertib dalam perkhidmatan awam dan tatacara pengurusan kewangan dengan lebih bijak.