7 Keluarga Mangsa Ribut Dibantu

16 Jun 2021-Kampung Landas Ajil Hulu Terengganu. Melalui Program KETENGAH Ambik Cakne, pelbagai bantuan telah disalurkan kepada penduduk yang ditimpa musibah.

Bertempat di Kampung Landas, YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH telah menyampaikan bantuan kepada penduduk akibat bencana ribut yang melanda pada 13 Jun 2021 (Ahad). Sebanyak 7 buah rumah penduduk telah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung menerima wang tunai masing masing antara RM500 hingga RM1,000 mengikut kerosakan yang dialami.

Pihak KETENGAH berharap dengan bantuan ini, beban kewangan yang dihadapi oleh keluarga berkenaan dapat dikurangkan.

Turut hadir Encik Azmi bin Muda, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan (KETENGAH), Encik Mohd Faiq bin Abd Majid, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial (KETENGAH), Tuan Haji Mohd Zaid bin Haji Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn. Bhd dan Tuan Haji Ghazali bin Sulaiman, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi.

source-2

source-3

Pelancaran Program KETENGAH Ambik Cakne “Lockdown”
placeholder
Petugas Stay Safe-KETENGAH Region (S-Reg) Digerakkan Membantu Kelancaran Proses Vaksinasi Negara

Artikel Lain