Majlis Pelancaran Lagu Kenyir Keindahan Alami dan Penutup Kenyir Eco Trophy 2022

20 Mac 2022-Hulu Terengganu.
Majlis Pelancaran Lagu Kenyir Keindahan Alami dan Penutup Kenyir Eco Trophy 2022 telah berlangsung di Dapur Kenyir, Tasik Kenyir yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH. Kenyir Eco Trophy merupakan program bermatlamat memperkenalkan Wilayah KETENGAH kepada rakyat Malaysia dan membuka mata masyarakat akan kelebihan dan keistimewaan yang ada. Hal ini akan menarik lebih ramai pelancong berkunjung dan akan membantu melonjakkan rantaian ekonomi kepada peniaga tempatan.
Majlis Penyampaian Hadiah Kenyir Eco Trophy 2022 juga diadakan dan menyaksikan anak Terengganu berasal dari Kemaman menjadi Juara Keseluruhan buat julung kalinya program ini diadakan.Lagu Kenyir Keindahan Alami yang dilancarkan pula menceritakan keindahan alam semula jadi di Tasik Kenyir dengan disulami loghat tempatan. Kenyir Keindahan Alami telah digubah dan dinyanyikan oleh penyanyi tersohor tanah air, Aris Ariwatan menggunakan rentak pop etnik . Majlis diserikan dengan tarian kebudayaan daripada penari JKKN Terengganu, persembahan daripada Aris Ariwatan dan Sham Visa.
Bagi memantapkan lagi kerjasama antara agensi dalam mempromosikan tempat – tempat menarik dalam wilayah KETENGAH, pelancaran serta penyerahan Kalendar Acara Pelancongan KETENGAH turut diadakan. Kalendar tersebut telah diserahkan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) mewakili Pengurus Besar kepada wakil agensi kerajaan & pemain industri pelancongan.
Program Cakne Komuniti Wilayah KETENGAH Bersama Muafakat Sejahtera
Program Kenyir Bird & Nature Quest 2022

Artikel Lain