Program Cakne Komuniti Wilayah KETENGAH Bersama Muafakat Sejahtera

19 Mac 2022-Kampung Jerangau, Dungun.
Program Cakne Komuniti Wilayah KETENGAH Bersama Muafakat Sejahtera telah diadakan dengan pelbagai pengisian iaitu aktiviti gotong-royong kawasan perkuburan, sumbangan kepada penduduk yang kurang berkemampuan, ziarah penduduk yang ditimpa penyakit kronik dan acara sukan. Pemeriksaan kesihatan turut dijalankan secara percuma oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Program sehari ini adalah bertujuan membantu masyarakat dan mengeratkan ikatan silaturrahim yang telah lama terjalin.
YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH dan YB Dato’ Haji Yahya bin Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Muafakat Sejahtera turut ambil cakna mendekati masyarakat kampung berkenaan. Hadir sama YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.
Kenyir Eco Trophy 2022
Majlis Pelancaran Lagu Kenyir Keindahan Alami dan Penutup Kenyir Eco Trophy 2022

Artikel Lain