Kenyir Eco Trophy 2022

Kenyir Eco Trophy 2022 bermula 18 hingga 20 Mac 2022 bakal memberi cabaran kepada peminat – peminat sukan lasak pacuan empat roda. Cabaran akan bermula di Sungai Loh dan akan berakhir di Tasik Kenyir.
Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) mewakili Pengurus Besar KETENGAH telah menyempurnakan pelepasan peserta Kenyir Eco Trophy 2022 di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS).
Turut hadir bersama adalah Tuan Haji Zaid bin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ketengah Holding Sdn Bhd selaku penaja utama dan Cik Narimah Samat daripada Persatuan Rekreasi Wanita Malaysia (WRAM) sebagai rakan kerjasama dalam program Kenyir Eco Trophy 2022.
Karnival Beautiful Terengganu
Program Cakne Komuniti Wilayah KETENGAH Bersama Muafakat Sejahtera

Artikel Lain