Karnival Beautiful Terengganu

18 Mac 2022-Hulu Terengganu.
Karnival Beautiful Terengganu diadakan bermula 17 hingga 19 Mac 2022 dengan mengetengahkan pelbagai aktiviti seperti pameran agensi, jualan usahawan, permainan tradisional, mini ekspo pelancongan dan pelbagai lagi. Usahawan bimbingan KETENGAH juga turut serta dalam jualan sempena karnival ini.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dr. Mamad Puteh, ADUN Kuala Berang pada malam ini dengan gimik perasmian meliputi Persembahan Kenyir Aqua Light & Sound, Ukiran Laser Tasik Kenyir serta Pertunjukan Bunga Api.
Mesyuarat Jemaah Lembaga KETENGAH Bilangan 2 Tahun 2022
Kenyir Eco Trophy 2022

Artikel Lain