Penampilan diri adalah sinonim dengan wanita kerana penampilan diri seseorang individu itu boleh mencerminkan sikap dan peribadinya.
Secara umum,penampilan diri ini boleh dikatakan amat penting kepada setiap individu,tidak kira secara formal atau tidak formal. Peribadi wanita akan terserlah apabila mempunyai keyakinan dalam berketerampilan.
Oleh itu, KETENGAH telah mengadakan program “Aspirasi Keterampilan Wanita KETENGAH” kepada pegawai dan kakitangan KETENGAH serta Puspanita KETENGAH pada 12 September 2023 bertempat di Balai Orang Ramai, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Norhamidi bin Mohd Nadzir atau lebih dikenali dengan panggilan “Abe Mat” di media sosial.
Antara objektif program ini adalah bertujuan untuk membangun jati diri wanita KETENGAH, memantapkan keterampilan, keyakinan diri dan mengubah persepsi wanita di KETENGAH untuk maju ke hadapan sejajar dengan pembangunan KETENGAH.