PEMBERITAHUAN TAWARAN KENDERAAN TERPAKAI NIKANIAGA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. TAHUN 2018
sila klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut PEMBERITAHUAN TAWARAN KENDERAAN TERPAKAI NIKANIAGA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. TAHUN 2018
Bandar Baru Gawi Pelengkap Pembangunan Tasik Kenyir

KETENGAH memperuntukkan sebanyak RM45 juta bagi pembangunan Bandar Baru Gawi di Hulu Terengganu seterusnya menjadi pelengkap pembangunan Tasik Kenyir sekaligus mampu melonjakkan taraf ekonomi serta membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Majlis perletakan batu asas Bandar Baru Gawi telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Rozi bin Haji Mamat Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan & Sumber Manusia […]
PPK Air Putih Penyelesaian Masalah Rakyat

Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah memperuntukkan kira kira RM 25 Juta bagi membangunkan Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Air Putih. Projek yang dikendalikan oleh KETENGAH ini akan menyelesaikan masalah rakyat akibat dari musibah banjir. Disamping itu projek ini akan menyediakan tempat tinggal yang selesa dan moden kepada mereka dengan dilengkapi kemudahan asas […]
KOLEJ KOMUNITI DUNGUN BAKAL BEROPERASI SEPTEMBER 2018

Satu lagi pusat kemahiran berasaskan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) akan diwujudkan buat rakyat Dungun apabila Kolej Komuniti cawangan Dungun beroperasi September ini. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata ia akan memberi peluang bukan sahaja kepada pelajar mendapatkan kemahiran yang mereka minati, malah kepada masyarakat setempat untuk mengikuti kursus kemahiran dalam […]
Kemakmuran Di Syukuri Bersama

Sempena dengan sambutan ulangtahun ke 45 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), satu program Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Mimbar Ilmu telah diadakan serentak di lima perbandaran KETENGAH iaitu bandar Al Muktafi Billah Shah, Ketengah Jaya, Seri Bandi, Ceneh Baharu dan Bukit Besi.
Kesetiaan dan Kebersamaan Kunci Kejayaan KETENGAH

Majlis Jalinan Mesra Bersama Pengurusan KETENGAH telah berlangsung pada 11 April 2018. Program yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan KETENGAH serta pegawai dan kakitangan syarikat anak ini telah dijalankan bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. YBhg Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH berpesan supaya semua […]