Selamat Bersara Kepada En. Mukhtar bin Che Ali

Kami semua warga KETENGAH mengucapkan selamat bersara kepada En. Mukhtar bin Che Ali, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH diatas persaraan wajib beliau pada hari ini 20 Julai 2017. Beliau merupakan salah saorang pegawai yang bersama-sama semasa awal penubuhan KETENGAH. Wilayah KETENGAH yang dahulunya hutan rimba kini bertukar wajah menjadi tempat yang selesa didiami. Selamat bersara […]
Aidilfitri eratkan hubungan silaturahim.

Pada 16 Julai 2017, satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tasik Kenyir telah berlangsung dengan meriahnya. Majlis ini telah diadakan di Dataran Kenyir, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir Terengganu bermula dari jam 10 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Selain mengeratkan ikatan persaudaraan di antara pegawai dan kakitangan KETENGAH bersama pemain industri pelancongan dan penduduk sekitar Tasik […]
MAJLIS BERBUKA PUASA WILAYAH KETENGAH 1438H/2017

Hulurkan tangan, ringankan beban.. Keprihatinan KETENGAH terhadap golongan penduduk yang kurang berkemampuan sentiasa dititikberatkan dari semasa ke semasa. Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, KETENGAH telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Wilayah KETENGAH 1438H bertempat di Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al-Muktafi Billah Shah pada 11 Jun 2017. Seramai 329 orang penerima dari DUN Bukit Besi telah […]
Mesyuarat Cadangan Pengukuhan Penjawatan di Bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir

Pada 11 dan 12 Julai 2017, satu Program Mesyuarat Cadangan Pengukuhan Penjawatan di Bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir telah dilaksanakan. Ini kerana keperluan penjawatan amat diperlukan setelah KETENGAH diberikan kuasa bagi melaksanakan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir. Rombongan ini diketuai oleh Encik Mohamad Fauzi bin Mad Isa, Timbalan Pengarah Kanan Sektor Perundingan dan Pembangunan […]
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI KETENGAH DAN SYARIKAT ANAK

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH dan Syarikat Anak. Majlis ini telah diadakan di perkarangan parkir ibu pejabat KETENGAH pada 9 Julai 2017 bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari. Turut diundang pesara-pesara KETENGAH
Rumah Terbuka Pengurus Besar KETENGAH

Kemeriahan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Pengurus Besar KETENGAH. Majlis diadakan pada 1 Syawal bermula pada jam 2 petang hingga 5 petang ini mendapat sambutan hebat dari penduduk Wilayah.