KETENGAH memperuntukkan sebanyak RM45 juta bagi pembangunan Bandar Baru Gawi di Hulu Terengganu seterusnya menjadi pelengkap pembangunan Tasik Kenyir sekaligus mampu melonjakkan taraf ekonomi serta membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Majlis perletakan batu asas Bandar Baru Gawi telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Rozi bin Haji Mamat Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan & Sumber Manusia negeri, pada 29 April 2018. Komponen pembangunan adalah meliputi penyediaan tapak bagi perumahan, perkedaian, surau, kawasan permainan dan stesen minyak.


Post Views: 1,420