Bantuan Dihulur Ringankan Beban

9 Disember 2019, Kampung Padang Pulut, Dungun Terengganu.
KETENGAH sentiasa mengambil berat tentang nasib penduduk yang mendiami wilayahnya. Pada 9 Disember 2019, KETENGAH telah menyerahkan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada mangsa kebakaran iaitu kepada keluarga Mohd Amirul Rashid bin Ab Hamid. Kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumahnya itu berlaku kira-kira jam 9 malam 8 Disember 2019.KETENGAH berharap dengan bantuan tersebut dapatlah meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan dan akan berusaha mendapatkan bentuk bantuan lain yang bersesuaian. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif Ketengah Holding. Hadir sama Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH.

Seminar Memperkasa Wanita dan Kanak-Kanak Luar Bandar Tahun 2019
Kursus EKSA kepada Ahli Jawatankuasa EKSA KETENGAH

Artikel Lain