Bengkel Pembangunan dan Pemurnian Kriteria Penggredan Premis Penginapan Pelancong Hotel Inovatif Kategori Houseboat

Bengkel Pembangunan dan Pemurnian Kriteria Penggredan Premis Penginapan Pelancong Hotel Inovatif Kategori Houseboat anjuran Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan sesi “Mock Up Rating” untuk perkhidmatan houseboat.
Sesi penggredan ini berupaya untuk meningkatkan mutu dan taraf perkhidmatan houseboat berdasarkan satu aras penarafan yang akan ditentukan kelak.
Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai MoTAC seluruh Malaysia dan agensi/jabatan kerajaan yang berkaitan serta NGO yang terlibat secara langsung dalam industri pelancongan dibawa melawat tempat menarik di Tasik Kenyir iaitu Mini Galeri Gua Bewah dan Gua Taat, Air Terjun Saok serta Taman Herba.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh En. Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC.
Jawatan Kosong 2022
Lawatan Kerja Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu

Artikel Lain