logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

Bengkel Penyediaan Kerangka Blueprint Pelan Hala Tuju Strategik bagi Sektor Ekonomi dan Sosial Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Satu Bengkel Penyediaan Kerangka Blueprint Pelan Hala Tuju Strategik bagi Sektor Ekonomi dan Sosial Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah diadakan melibatkan seramai 38 orang pegawai dan pihak perunding yang dilantik iaitu IIUM Consultancy and Innovations.

Sesi percambahan fikiran ini turut disertai Pengurus Besar KETENGAH, YM Datoโ€™ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa dan pengurusan KETENGAH.

Tujuan bengkel ini diadakan bagi menilai isu, masalah dan cabaran projek yang dilaksanakan sebelum ini untuk dijadikan panduan masa akan datang serta kaedah untuk menanganinya. Disamping itu, peserta bengkel juga meneliti dan mengenalpasti cadangan program/projek baharu untuk dilaksanakan.

Semoga setiap perancangan dan sasaran yang digariskan di dalam kerangka blueprint pelan hala tuju strategik ini dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan demi pembangunan sosioekonomi wilayah yang makmur, mampan dan inklusif.