Bengkel Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pusat Komuniti Desa (PKD) Negeri Terengganu Tahun 2022

KETENGAH telah menganjurkan Bengkel KPI PKD Negeri Terengganu Tahun 2022 Pada 19-20 Jun 2022 bertempat Di Raia Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu kepada 29 orang Pengurus Pusat Komuniti Desa Negeri Terengganu.

Peserta diberi pendedahan maklumat berkaitan petunjuk pretasi utama (KPI) bagi tahun 2022 serta merangka perancangan program pemerkasaan ekonomi desa PKD dengan objektifnya meningkatkan dan membangunkan keupayaan dan pembudayaan keusahawanan masyarakat luar bandar, memfokuskan kepada kemahiran e-dagang supaya memberi pendedahan kemahiran dan pengetahun yang boleh menjana pendapatan.

Dalam bengkel ini turut diberi pendedahan berkaitan kepentingan media sosial masa kini dan kesan kepada masyarakat oleh Puan Muziakma binti Ali, Ketua Unit Komunikasi Korporat KETENGAH.
Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH. Turut hadir sama dalam bengkel ialah Encik Hazizul Hafiz Bin Abu Safiyan, daripada Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti KPLB dan Encik Hazroll Eizwal bin Jasni, Pengurus Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi KETENGAH.

 

Program Gotong Royong Perdana anjuran bersama KETENGAH
Kursus Pengurusan Projek Penyediaan Senarai Kuantiti (Bill Of Quantity -BQ)

Artikel Lain