Majlis Perasmian Mastering English For Employment

Pada 11 Mac 2019 bertempat di Auditorium Kolej Ketengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah telah diadakan Majlis Perasmian Mastering English For Employment yang telah disempurnakan oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Program kerjasama di antara Kolej Ketengah dan UniSZA ini telah bermula pada 24 Februari 2019 dan akan dilaksanakan selama […]
Kemasukan Sesi Jun 2019 Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kolej KETENGAH mengalu-alukan permohonan tuan/puan bagi Kemasukan sesi Jun 2019 bagi Program berikut :- DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SEPENUH MASA) SESI JUN/JULAI 2019 1) Syarat kemasukan : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit, dalam mana-mana matapelajaran ATAU Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia. Tempoh Pengajian : 2 Tahun 4 Bulan […]
Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali ke2/2019

Pada 11 Mac 2019 bertempat di Dewan Utama, Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Kali ke 2 tahun 2019. Majlis pada kali ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad, Pengerusi KETENGAH. Sebelum majlis bermula, turut diadakan sesi taklimat berkaitan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan CUEPACSCARE.
Kajian Usahawan / Bakal Usahawan
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan sedang berusaha mengumpul maklumat mengenai usahawan dan bakal usahawan dalam kawasan KETENGAH. Maklumat-maklumat ini akan dijadikan pangkalan data bagi tujuan program keusahawanan yang akan dikendalikan. Segala maklumat yang diberikan adalah penting, sulit dan terkawal. Berikut disertakan Borang untuk diisi dan dikembalikan kepada Bahagian Ekonomi dan Usahawan. Selain itu, usahawan […]
Program Khidmat Masyarakat

Program Khidmat Masyarakat yang diadakan pada 1 Mac 2019 bertempat di Sekolah Kebangsaan Jerangau merupakan salah satu program kerjasama antara KETENGAH dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK) Kg. Jerangau dan juga PIBG Sekolah Kebangsaan Jerangau bagi mengeratkan lagi hubungan antara pegawai KETENGAH dengan pemimpin masyarakat setempat. Pembinaan pondok menunggu yang dinamakan Pondok Tanjung merupakan […]
APC KPLB Tahun 2018

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPLB Tahun 2018. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Putrajaya. APC diadakan sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pegawai dan anggota di KPLB dan semua Jabatan/Agensi di bawahnya yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang khususnya […]

