Program Khidmat Masyarakat

Program Khidmat Masyarakat yang diadakan pada 1 Mac 2019 bertempat di Sekolah Kebangsaan Jerangau merupakan salah satu program kerjasama antara KETENGAH dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK) Kg. Jerangau dan juga PIBG Sekolah Kebangsaan Jerangau bagi mengeratkan lagi hubungan antara pegawai KETENGAH dengan pemimpin masyarakat setempat. 

Pembinaan pondok menunggu yang dinamakan Pondok Tanjung merupakan salah satu sumbangan KETENGAH kepada pihak sekolah bagi memberi kemudahan kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar sekolah apabila selesai sesi persekolahan atau sebarang aktiviti sekolah. Penyediaan pondok menunggu ini secara tidak langsung  menunjukkan bahawa aspek keselamatan pelajar-pelajar sekolah ini sentiasa dititikberatkan. 

Di samping gotong royong pembinaan pondok menunggu, gotong royong pembersihan kawasan sekolah dan persekitaran juga telah diadakan dan disertai oleh lebih 200 orang yang terdiri daripada pengurusan  KETENGAH, ibu bapa dan guru, NGO’s seperti PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH, AKRAB, Majlis Bersama Jabatan, MPKK Kg Jerangau, pelajar Kolej KETENGAH dan juga kakitangan Pusat Koreksional Dungun.

Encik Zainuddin bin Hj Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) bersama-sama pengurusan KETENGAH kemudiannya menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin dan sakit melarat di Kampung Jerangau. 



APC KPLB Tahun 2018
placeholder
Kajian Usahawan / Bakal Usahawan

Artikel Lain