Kejohanan Sukan 4 Penjuru 2015
Kejohanan Sukan 4 Penjuru telah berlangsung dengan jayanya dengan membabitkan 6 acara sukan iaitu Karom, Dart, Boling Padang dan Futsal pada 23 & 24 Oktober 2015, Golf dan Tenpin Bowling pada 9 November 2015 yang melibatkan Pegawai Tadbir Negeri (TCS) Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), PMINT dan KETENGAH. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YAB […]
Tahniah KETENGAH!
Tahniah buat Kumpulan KIK Bazaar, Wakaf dan Inovasi Insan diatas pengiktirafan 3 Bintang dalam Program Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2015 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) di Sunway Piramid Convention Centre yang telah diadakan pada 2 – 4 November 2015.
Perasmian MARA KETENGAH International College (MKIC)
Pada 27 Oktober 2015, YB Tan Sri Haji Annuar bin Haji Musa, Pengerusi MARA telah merasmikan penubuhan MARA KETENGAH International College (MKIC) yang bertempat di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, mewakili Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato Sri Ismail bin Yaakob. Turut hadir bersama Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Dungun, […]
Kg Landas Tumpuan KETENGAH Cakna Kampung 2015
Kerjasama antara KETENGAH dengan penduduk dizahirkan melalui pelbagai program atau aktiviti yang dilakukan bersama dalam merapatkan lagi tali sulaturahim dengan masyarakat dalam wilayah. Bertempat di Padang MARDI Jerangau, Kampung Landas, Hulu Terengganu, Program KETENGAH Cakna Kampung 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Oktober 2015. Hampir 900 orang peserta telah menyertai program yang dianjurkan ini. […]
Pesona Terengganu
Karnival Pesona Terengganu adalah satu transformasi Kerajaan Negeri dalam usaha mempromosikan sosioekonomi negeri menerusi pelancongan. Pelbagai pengisian disediakan menerusi lapan (8) segmen iaitu TTB, keusahawanan, pelancongan, pendidikan, pertanian, sumber manusia dan sukan. Majlis perasmiannya telah di sempurnakan oleh YAB Datuk Seri Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu pada 29 Oktober 2015. “kita membawa […]
Majlis Sambutan Hari Inovasi KKLW Tahun 2015
Sambutan Hari Inovasi bertujuan untuk memperkukuhkan nilai-nilai budaya inovasi dan kualiti dalam sesebuah organisasi disamping memberi pengiktirafan dan memperbaharui komitmen serta dedikasi kakitangan dan pihak pengurusan kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi ke arah peningkatan kualiti dan inovasi. Lantaran itu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Inovasi KKLW pada […]

