logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH Santuni Komuniti Melalui Program Sinar Syawal dan Sumbangan Kebajikan

sumbangan 1

AL MUKTAFI BILLAH SHAH, 16 Mac 2026 – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) terus memperkukuh iltizam dalam menyantuni masyarakat wilayah melalui penganjuran Program Agihan Kuih Raya 2026 serta penyampaian Sumbangan Sinar Syawal dan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) yang berlangsung penuh bermakna di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) AMBS. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Tuan […]

KETENGAH Santuni Warga Kerja dengan Sumbangan Kuih Raya Menjelang Aidilfitri

Sumbangan KETENGAH

Menjelang sambutan Aidilfitri, suasana di Ibu Pejabat KETENGAH Al Muktafi Billah Shah pada Ahad, 15 Mac 2026, diserikan dengan inisiatif penuh makna oleh Bahagian Pengurusan KETENGAH melalui penyampaian sumbangan kuih raya kepada seluruh warga kerjanya. Lebih daripada sekadar tradisi tahunan, program ini menjadi simbol eratnya semangat kebersamaan, kasih sayang dan nilai kekeluargaan yang terus disemai […]

Program Bicara Aspirasi Integriti KETENGAH (BAIK) Siri 2 Tahun 2026

featured-image-akpk

Program Bicara Aspirasi Integriti KETENGAH (BAIK) Siri II Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tingkat 3, Ibu Pejabat KETENGAH, menampilkan pengisian utama berupa taklimat pengurusan kewangan bertajuk *“Bijak Urus Wang, Tenang Masa Depan”*. Sesi ini disampaikan oleh Puan Amila Norjihah binti Musa dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Kuala Terengganu. Program berkenaan […]

PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERDANA SEMPENA IHYA’ RAMADAN 2026M / 1447H

PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERDANA

13 Mac 2026 (Jumaat) – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Program Khatam Al-Quran Perdana sempena Ihya’ Ramadan 1447H bertempat di Surau Pusat Islam, Bandar Ketengah Jaya, Dungun. Program bermula selepas Solat Asar berjemaah dengan bacaan tadarus dan khatam Al-Quran yang melibatkan seramai 70 orang peserta terdiri daripada komuniti setempat dan kakitangan KETENGAH. Majlis […]

PROGRAM ZIARAH KASIH MADANI WILAYAH KETENGAH SEMPENA IHYA’ RAMADAN 2026M / 1447H

Ziarah-Kasih-Madani1

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah melaksanakan Program Ziarah Kasih Madani Wilayah KETENGAH sempena Ihya’ Ramadan 1447H sebagai usaha menyantuni penduduk yang memerlukan khususnya pesakit terlantar dalam wilayah KETENGAH. Melalui Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK), KETENGAH telah memperuntukkan sebanyak RM36,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Enam Ribu Sahaja) bagi membantu serta meringankan beban penerima. Pada tahun […]

PROGRAM SANTUNI ANAK YATIM / YATIM PIATU WILAYAH KETENGAH SEMPENA IHYA’ RAMADAN 2026M / 1447H

Santuni Anak Yatim

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui Syarikat Anak Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB) telah melaksanakan Program Santuni Anak Yatim / Yatim Piatu Wilayah KETENGAH sempena Ihya’ Ramadan 1447H dengan menyalurkan sumbangan keperluan persiapan Hari Raya kepada golongan yang terlibat. Program ini telah dilaksanakan dalam tiga siri iaitu pada 3, 11 dan 12 Mac 2026 dengan […]