Sambutan Bulan Kemerdekaan
Satu Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Penyerahan Jalur Gemilang Wilayah Ketengah 2014 telah diadakan pada 19 Ogos 2014 di Dataran Bistro Tasik Puteri Bukit Besi, Dungun. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Encik Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu. Setiap tahun, Ketengah tidak pernah jemu bagi menyambut Bulan […]
KETENGAH Cakna
Satu kebakaran telah berlaku di Bandar Seri Bandi, Kemaman pada 14 Ogos 2014 lebih kurang jam 3.30 pagi. Menurut Puan Halijah binti Ariffin selaku pemilik rumah tersebut, kebakaran tersebut telah menyebabkan hampir 95% rumah musnah terbakar dan tiada kematian yang dilaporkan. Punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti. Susulan dari kejadian tersebut, KETENGAH turut menyumbang […]
Majlis Sambutan Hari Raya KETENGAH
Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah meninggalkan kita semua dan kini Syawal pula menjelma. Satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH 2014 telah diadakan pada 10hb Ogos 2014 bertempat di RTC Terengganu Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YBhg, Datuk Seri Ibrahim bin Muhamad. Dikesempatan […]
Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri
Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Pengurus Besar KETENGAH yang diadakan pada Hari Raya Pertama iaitu Isnin, 28 Julai 2014, berlangsung sangat meriah dengan kehadiran penduduk wilayah KETENGAH serta kakitangan KETENGAH. Rumah terbuka yang bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir jam 12 tengahari itu menyaksikan orang ramai saling beramah mesra selain menikmati pelbagai juadah yang disediakan.
Bantuan Tabung amanah Masyarakat KETENGAH
Pada 22 Julai 2014 (Selasa), satu Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat Ketengah bagi dun Ajil telah diadakan di Dewan Serbaguna Sek Men Kebangsaan Landas, Hulu Terengganu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Encik Ghazali bin Taib. Turut hadir Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Omar bin Ismail serta pengurus-pengurus bahagian.
Bantuan Tabung amanah Masyarakat KETENGAH
KETENGAH tidak putus-putus membela nasib golongan yang kurang berkemampuan dimana, Masyarakat KETENGAH DUN Kijal Kemaman pula dibantu melalui majlis Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH pada 15 Julai 2014 bertempat di dewan orang ramai Bandar Seri Bandi, Kemaman. Seramai 182 orang Ketua Isi Rumah menerima bantuan masing-masing yang berupa wang tunai RM 300 dari Pengurus Besar […]

