Dalam usaha untuk membantu usahawan khususnya bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), KETENGAH telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu program iaitu Sesi Perkongsian Ilmu Kepada Usahawan Bimbingan KETENGAH – DESA KE GLOBAL pada 6 Mac 2024 bertempat di KB003, Galeri Pavilion Usahawan, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. 

Program tersebut melibatkan agensi promosi perdagangan antarabangsa negara iaitu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang dihadiri oleh Puan Zaimah Osman, selaku Pengarah MATRADE Wilayah Timur serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang dihadiri oleh Cik Nurul Amalina Ahmad Kasim, selaku Pengarah MIDA. Program ini juga turut dihadiri Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan berkaitan dengan kemudahan yang disediakan melalui program pembangunan dan sokongan serta peluang-peluang untuk menyertai pameran perdagangan antarabangsa dan seterusnya
membantu usahawan untuk meluaskan pasaran ke peringkat global.

KETENGAH berharap agar usahawan dapat menggunakan peluang-peluang yang telah disediakan dengan sebaik-baiknya.