LOKOMOTIF 19103 TARIKAN BARU MUZIUM BUKIT BESI

Pada era kegemilangan Bukit Besi, kawasan itu didiami warga British, AS, Kanada, Australia, Belanda, Jerman, Afrika Selatan, India dan China, yang bekerja sebagai pelombong. Bijih besi itu dieksport ke Jepun melalui Sura, Kuala Dungun. Di Bukit Besi terdapat sebuah landasan kereta api untuk mengangkut keluar bijih-bijih besi itu. Sejarah perlombongan di Bukit Besi itu bukan […]
Mangsa Banjir Wilayah KETENGAH Diambil Cakna

KETENGAH turut merasai kesusahan dan denyut nadi masyarakat yang ditimpa musibah banjir. Sebanyak 216 Kit Bantuan Bencana telah diagihkan di beberapa lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu yang menempatkan mangsa banjir dalam Wilayah KETENGAH. Setakat jam 6.30 petang (25 Disember 2023) seramai 1576 orang telah ditempatkan di 23 PPS membabitkan […]
Program Jualan RAHMAH dan Usahawan KETENGAH

Pada 22 – 23 Disember 2023, telah diadakan ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ฎ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ง ๐๐ฌ๐๐ก๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐๐๐๐๐๐ di Pusat Niaga Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Program ini diadakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Terengganu yang bertujuan untuk menyediakan platform kepada penduduk setempat untuk mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga mampu milik. Pelbagai jenis […]
Program Perjumpaan Usahawan Tani, Usahawan Ternak dan Usahawan IKS dalam kawasan Pavilion Usahawan KETENGAH

Program Perjumpaan Usahawan Tani, Usahawan Ternak dan Usahawan IKS dalam kawasan Pavilion Usahawan KETENGAH bersama Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Menjelang tahun baru 2024 yang bakal tiba, satu perjumpaan bersama usahawan-usahawan dalam kawasan Pavilion Usahawan KETENGAH telah diadakan pada 19 Disember 2023, bertempat di Galeri Pavilion Usahawan KETENGAH, Bandar […]
MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI

Seramai 17 orang pesara KETENGAH yang bersara pada tahun 2023 telah diraikan dalam satu Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA). Mereka terdiri daripada 15 orang bersara wajib dan seramai 2 orang pula bersara pilihan. Pengurus Besar KETENGAH, YM Datoโ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa dalam ucapannya merakamkan ucapan setinggi-tinggi […]
Kursus Strategi Pemasaran Offline & Online (SPO2)

Pada 14 – 16 Disember, telah berlangsung Kursus Lanjutan : Kursus Strategi Pemasaran Offline & Online (SPO2) untuk bisnes dengan Kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di bawah Program Do It Money (DIM) Wilayah KETENGAH Tahun 2023 bertempat di Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman, Terengganu selama 3 hari 2 malam. Kursus tersebut melibatkan seramai 44 […]

