Pasar Prihatin Wilayah KETENGAH (PASKET) mencatat 7000 pengunjung

Biarpun keadaan cuaca hujan, ini tidak menghadkan kedatangan orang ramai mengunjungi Jualan Keluarga Malaysia Pasar Prihatin Wilayah KETENGAH (PASKET) dengan mencatat 7000 orang pengunjung sepanjang 2 hari penganjuran. Objektif utama program ini adalah membantu golongan berpendapatan rendah luar bandar bagi mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih murah. Program tersebut dirasmikan oleh YM Tengku Ahmad […]
Sukarelawan KETENGAH berganding bahu membersih kediaman penduduk yang terkesan

Seramai 40 orang sukarelawan KETENGAH yang terdiri daripada kakitangan telah berganding bahu membersih kediaman penduduk yang terkesan dengan musibah banjir. Sukarelawan dibahagikan kepada 2 pasukan membersihkan kawasan di Kampung Gunung, Ajil, Hulu Terengganu dan Kampung Rantau Panjang, Dungun Terengganu. Kecaknaan dan ikatan silaturahim yang telah lama terjalin antara penduduk dengan KETENGAH seakan dirasai bersama apabila […]
Sidang Media Program Jualan Keluarga Malaysia Pasar Prihatin (PASKET) Wilayah KETENGAH

3 Mac 2022-Kuala Terengganu. Sebentar tadi telah berlangsung Sidang Media Program Jualan Keluarga Malaysia Pasar Prihatin (PASKET) Wilayah KETENGAH Tahun 2022 oleh YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH. Hadir sama pada sidang media berkenaan YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar […]
Perdana Menteri adakan lawatan singkat ke Pusat Pemindahan Sementara Wilayah KETENGAH

2 Mac 2022-Hulu Terengganu. Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengadakan lawatan singkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kampung Batu 23, Kuala Berang hari ini yang diiringi YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Beliau tiba di PPS berkenaan jam 2.15 petang dan meluangkan masa bersama […]
KETENGAH terus membantu

2 Mac 2022-Hulu Terengganu. Sebanyak 500 unit kit bantuan bencana telah diserahkan oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Daerah Hulu Terengganu. Sumbangan tersebut diserahkan kepada YB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, ADUN Kijal dan YB Dato’ Rozi bin Mamat, ADUN Telemong merangkap Ahli […]
Pengurus Besar KETENGAH turun padang

28 Februari 2022- Hulu Dungun. YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH menyampaikan Kit Bantuan Bencana kepada mangsa banjir bertempat di Pusat Pemindahan Sementara Kampung Rantau Panjang, Dungun Terengganu. Agihan turut diserahkan kepada mangsa melalui bot iaitu penduduk dari Kampung Minda, Talong dan Tepus.