Calon PT3 diberi perhatian

Keprihatinan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam bidang pendidikan diteruskan dengan penganjuran Program Kecemerlangan Pendidikan PT3 2015. Program yang diadakan sebanyak 2 siri ini telah diadakan pada 10 September 2015 hingga 12 September 2015 bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu Kampus Dungun. Manakala bagi siri kedua pula, ianya akan diadakan pada 17 September 2015 hingga 19 September 2015. Selari dengan hasrat KETENGAH untuk memajukan serta meningkatkan lagi taraf pendidikan pelajar dalam wilayahnya, program yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar PT3 dalam wilayah dengan corak soalan dan teknik menjawab mengikut kehendak soalan dengan tepat. Selain itu, ianya bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar kepentingan teknik belajar dan pengurusan masa serta penjadualan belajar yang berkesan. Program ini turut memberi dorongan dan motivasi yang bersepadu dalam pembelajaran bagi melahirkan pelajar yang berkualiti. Seramai 200 orang pelajar PT3 dari 16 buah sekolah menengah dalam wilayah terlibat bagi penganjuran siri 1. Program Kecemerlangan Pendidikan PT3 yang diadakan ini melibatkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di mana modul, penceramah dan tenaga pengajar dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Dungun yang mana tenaga-tenaga pengajar yang terlibat adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam menggubal soalan dan merupakan pemeriksa kertas soalan peperiksaan.

placeholder
Program Senamrobik
placeholder
Terima Kasih Datuk Seri KSU

Artikel Lain