Program Jiwa Murni Pasca Banjir Wilayah KETENGAH Bersama Rejimen 512 Askar Wataniah

Yang Amat Mulia Tengku Seri Temenggong Raja Brig. Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah telah merasmikan Program Jiwa Murni Pasca Banjir Wilayah KETENGAH Bersama Rejimen 512 Askar Wataniah dan komuniti Kampung Rantau Panjang, Dungun. Program ini berjaya dilaksanakan 2 hari (29 hingga 30 Mac 2022). Pelaksanaan program ini […]
Kursus Pemerkasaan Koperasi Desa Lestari Wilayah KETENGAH

KETENGAH melalui bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial telah mengadakan Kursus Pemerkasaan Koperasi Desa Lestari Wilayah KETENGAH pada 28 hingga 30 Mac 2022 bertempat di hotel E-Red Kuantan dengan kerjasama Institut Koperasi Malaysia (IKMA) Zon Timur. Kursus ini bertujuan mendapatkan panduan dan maklumat jelas berkaitan peranan, fungsi dan memperkasakan lagi pengurusan pentadbiran koperasi yang terlibat di […]
Konvoi Muhibah Kelab Riders KETENGAH KESEDAR

Terima kasih kepada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) melalui KESEDAR Rider Club yang sudi menerima kunjungan daripada KETENGAH Bikers. Program sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan berkongsi pandangan antara kedua-dua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini. Pengisian program ialah dengan mengadakan gotong- royong membersihkan Masjid Batu Papan, Gua Musang. Konvoi kemudiannya bergabung meneruskan […]
Program Karnival Usahawan Terengganu 2022 (KUAT 2022)

KETENGAH turut menyertai Program Karnival Usahawan Terengganu 2022 (KUAT 2022) bertempat di Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya Karnival Usahawan, Karnival Kerjaya, Fun Run & Fun Ride, Pertunjukan Wau Mega, Seminar Keusahawanan. KETENGAH telah membuka booth pameran korporat dan membawa 8 usahawan bimbingan.
Kenyir Bird & Nature Quest 2022

26 Mac 2022-Hulu Terengganu. Kenyir Bird & Nature Quest 2022 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh KETENGAH dan telah masuk edisi ke-8 yang bermula hari ini. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB. Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH. Kini terdapat tambahan 40 spesis burung di Tasik Kenyir. Ini menjadikan jumlah spesis burung yang dapat […]
Program Aruk Silat Tasik Kenyir

26 Mac 2022-Hulu Terengganu. Program Aruk Silat Tasik Kenyir melabuhkan tirainya hari ini setelah 2 hari berkampung di Tasik Kenyir dan merupakan program julung kali diadakan. Aruk yang bermaksud himpunan pendekar melakukan tarian perang. Kali terakhir diadakan adalah pada tahun 1926. Kini setelah hampir 1 abad, kembali dipersembahkan dengan menampilkan lebih 90 persilatan daripada seluruh […]

