Perutusan Pengurus Besar KETENGAH

Assalamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku, Pertamanya saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT yang telah mengurniakan taufik dan inayah-Nya serta memanjangkan usia kita bagi menempuhi perjalanan hidup pada tahun baharu 2019. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa perutusan kepada kita yang menjadi pegangan hidup dan […]
Sumbangan dihulur, kurangkan beban.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang dialami oleh keluarga Encik Ibrahim bin Idris setelah ditimpa musibah susulan rumah yang mereka duduki musnah dalam satu kebakaran pada jam 10.30 malam, 25 Disember 2018. Punca dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan pihak BOMBA. Sehubungan dengan itu, Pengurusan KETENGAH turut turun padang meninjau keadaan […]
GUNTING RAMBUT PELAJAR SEKOLAH, KETENGAH 2018 DAN FREE MARKET

Cuti persekolahan kini semakin hampir ke penghujungnya.Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengambil inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar sekolah dalam wilayahnya dengan mengadakan Program Gunting Rambut Pelajar Sekolah KETENGAH 2018 secara percuma pada 26 Disember 2018. Bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Terengganu, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, seramai 12 orang tukang gunting telah sama-sama menjayakan Program Gunting […]
Majlis Budi Disanjung Kasih Dijunjung

Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan pesara KETENGAH telah diraikan dalam satu Majlis Budi Disanjung Kasih Dijunjung pada 19 Disember 2018 bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Dalam ucapan YM. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH berkata “Sahabat-sahabat kita ini merupakan senior di KETENGAH tentu masih […]
Info terkini banjir wilayah ketengah.

Setakat jam 2.00 petang ini 16 Disember 2018, semua pusat pemindahan banjir di wilayah ketengah telah ditutup. Mangsa banjir yang ditempatkan di Surau Besul Lama, Bukit Besi (Daerah Dungun), Dewan Orang Ramai Kampung Teladas, Dewan Orang Ramai Kampung Batu 14 dan di Masjid Batu 16 Tebak (Daerah Kemaman) telah pulang ke rumah masing-masing. Pihak kerajaan […]
Bengkel Pemurnian Bajet

Pembangunan RMKe-11 Rolling Plan 4 (RP4) Tahun 2019 telah diadakan pada 12 hingga 13 Disember 2018 bertempat di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun Terengganu. Seramai 72 orang pegawai KETENGAH dan anak syarikat termasuk pengurusan KETENGAH telah mengikuti bengkel ini. Antara perkara yang dibincangkan dalam bengkel ini adalah keupayaan berbelanja,isu dan cabaran serta cadangan penambahbaikan pelaksanaan […]

