logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Mesra Rakyat Bandar Ceneh Baharu

Pada 8 Mei 2018 telah berlangsung satu Program Mesra Rakyat Bandar Ceneh Baharu bertempat di Dewan Orang Ramai Bandar Ceneh Baharu, Kemaman Terengganu. Program yang menghimpunkan komuniti setempat ini secara tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai perpaduan dan kekitaan dikalangan penduduk. Disamping itu membolehkan masyarakat di sekitar Bandar Ceneh Baharu dapat beramah mesra bersama pemimpin setempat, […]

Pelancaran Tuisyen Rakyat@KKLW Parlimen Hulu Terengganu

Tuisyen Rakyat@KKLW merupakan salah satu usaha kerajaan bagi meningkatkan penguasaan mata pelajaran teras dan pencapaian akademik sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan. Sasaran program ini adalah kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan SPM. Peserta juga dipilih daripada keluarga berpendapatan rendah iaitu di bawah RM3,500 dan tumpuan kepada pelajar berprestasi sederhana atau lemah. KETENGAH dengan […]

Majlis Ramah Mesra Bandar Bukit Besi.

Pembangunan Bandar Bukit Besi, Dungun Terengganu sedang rancak dibangunkan oleh kerajaan melalui KETENGAH. Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bukit Besi Bandar Bersejarah 2030 pula dirangka dengan konsep pembangunan beridentiti dan imej tersendiri, berdasarkan peninggalan wa­risan­nya. Pembangunan esplanade di persisir Tasik Puteri, UITM, Muzium dan Pusat Niaga telah menjadi kenyataan. Dibawah kepimpinan YB Haji Roslee bin Daud, […]

Pembinaan Dewan Baru Kampung Bukit Merah Menceriakan Penduduk

Satu lagi projek bagi meningkatkan kemudahan dan infarastuktur kampung telah dilaksanakan oleh KETENGAH dengan membina baru satu unit Dewan Orang Ramai bertempat di Kampung Bukit Merah bagi memberi kemudahan kepada penduduk setempat menjalankan aktiviti-aktiviti harian.  Majlis Perasmian Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Merah ini telah diadakan pada 6 Mei 2018 dan telah selamat disempurnakan oleh […]

Program Mesra Rakyat Bandar Ketengah Jaya.

Pada 5 Mei 2018 telah berlangsung satu program Mesra Rakyat Bandar Ketengah Jaya bertempat di Dewan Orang Ramai Bandar Ketengah Jaya, Dungun Terengganu. Objektif utama adalah bagi merapatkan silaturahim dan semangat kekitaan di antara penduduk. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH. Pada majlis yang sama turut disampaikan […]

RM20 Juta diluluskan Kerajaan Bagi Menangani Masalah Rakyat

Projek Pemajuan Kawasan (PPK) merupakan satu lagi janji kerajaan dalam membela nasib rakyat . Sebanyak RM20 Juta telah diluluskan kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar &  Wilayah bagi Projek Pemajuan Kawasan Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Komponen pembangunan meliputi pembinaan 130 unit teres, 4 unit lot kedai, surau, tadika dan infrastuktur asas seperti […]