Majlis Ramah Mesra Bandar Bukit Besi.

Pembangunan Bandar Bukit Besi, Dungun Terengganu sedang rancak dibangunkan oleh kerajaan melalui KETENGAH. Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bukit Besi Bandar Bersejarah 2030 pula dirangka dengan konsep pembangunan beridentiti dan imej tersendiri, berdasarkan peninggalan wa­risan­nya. Pembangunan esplanade di persisir Tasik Puteri, UITM, Muzium dan Pusat Niaga telah menjadi kenyataan. Dibawah kepimpinan YB Haji Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri merangkap ADUN Bukit Besi, bandar yang dahulunya sepi semenjak penutupan lombong bijih besi kini berseri kembali.

Pada 6 Mei 2018, telah berlangsung Program Mesra Rakyat Bandar Bukit Besi dimana pada majlis tersebut penyerahan kunci bangunan Pusat Niaga Tasik Puteri dari Syarikat MFR Terus Jaya Sdn Bhd kepada KETENGAH telah diadakan. Bangunan tersebut telah siap sepenuhnya pembinaan dan akan dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat.

Pada majlis yang sama seramai 27 orang asnaf telah menerima zakat dan 20 orang penduduk menerima suratan hakmilik rumah masing masing dari YB Haji Roslee bin Daud. Hadir sama pada majlis tersebut YBhg. Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH, pegawai-pegawai KETENGAH, Encik Firdaus Bin Abdul Rashid, Pengarah Urusan MFR Terus Jaya Sdn Bhd dan pemimpin setempat.

Uitm Kampus Bukit Besi
Pusat Niaga Tasik Puteri
UITM Kampus Bukit Besi
Pembinaan Esplanade Pesisir Tasik Puteri
Ruang Niaga
Ruang Niaga
Muzium Bukit Besi
Pusat Niaga Tasik Puteri
Pembinaan Dewan Baru Kampung Bukit Merah Menceriakan Penduduk
The launch of the people’s tuition

Artikel Lain

Menu
Font Resize
Contrast