logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Forum Perdana Ehwal Islam

Sempena dengan sambutan 44 tahun penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), satu program Forum Perdana Ehwal Islam telah dianjurkan oleh KETENGAH bersama MAIDAM dan Yayasan Islam Terengganu dengan kerjasama JAKIM dan RTM bertempat di Padang Astaka, Bandar Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu pada 4 Mei 2017. Ahli panel terdiri daripada YH Dato’ Ustaz Badlishah bin Alauddin […]

Majlis perhimpunan bulanan KETENGAH kali ke 4/2017

Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali ke 4 tahun 2017 telah berlangsung pada hari 30 April 2017 (Ahad) bertempat di Dewan Blok D, Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Majlis dimulai dengan nyayian lagu negaraku dan diikuti dengan lagu ketengah. Majlis yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan KETENGAH dan anak syarikat […]

Bicara Komuniti TN50 @ KKLW

Bicara Komuniti TN50@KKLW bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Sri Ismail Sabri telah berlangsung pada 27 April 2017 (khamis) bertempat di TH Hotel, Kuala Terengganu. Program ini merupakan inisiatif KKLW dalam memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar. Diantara lain objektif program ini ialah, pendekatan KKLW untuk mendapatkan inspirasi belia luar bandar […]

Kursus Kemahiran Jahitan “instant Shawl” & Telekung Wilayah KETENGAH 2017

Kursus kemahiran jahitan ini telah diadakan bertempat di Dewan Gunasama RTC Terengganu pada 21 hingga 23 April 2017. Kursus ini telah disertai seramai 30 orang beliawanis, ibu tunggal dan suri rumah yang dikendalikan oleh Syarikat Rusja Sdn Bhd. Majlis Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Pengurus Khidmat Pengurusan […]

Jom Bantu Rakyat

Program Jom Bantu Rakyat dan majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bertempat di Kampung Satong, Paka, Dungun, Terengganu pada 16 April 2017 oleh Perdana Menteri Malaysia. Seramai 500 orang penduduk yang mendiami perumahan KETENGAH telah menandatangani borang 14A untuk mendapatkan hak milik pada majlis tersebut. Disamping itu sebanyak RM7 juta […]

Program gotong royong santai Tasik Kenyir

Kelab Keluarga KETENGAH (3K) telah mengadakan program santai gotong royong pada 15 April 2017 bertempat di Santuari Kelah Tasik Kenyir. Seramai 52 orang ahli dan keluarga ahli telah menyertai aktiviti ini. Program ini telah diketuai oleh En Che Zamri bin Che Lah, Ketua Unit Integriti merangkap Ketua Biro Sosial dan Kebudayaan Kelab 3K. Konsep libur […]