logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Sumbangan Back To School siri-2

Sumbangan Back To School siri 2 Parlimen Marang diteruskan lagi hari ini oleh YB Senator Datuk Razali idris, Pengerusi Ketengah di Dewan Utama Majlis Daerah Marang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Marang.

278 pelajar terima sumbangan

278

Seramai 278 orang pelajar menerima sumbangan wang tunai RM100 bagi murid sekolah rendah manakala RM150 bagi pelajar sekolah menengah dalam Parlimen Marang bertempat di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, Terengganu. Sumbangan yang berjumlah RM37,000.00 telah disampaikan oleh Pengerusi Ketengah, YB Senator Datuk Razali Idris kepada ibu bapa pelajar.

Sumbangan Back To School.

3 Januari 2021 merupakan tarikh yang bermakna bagi pelajar-pelajar dalam wilayah Ketengah. Ini berikutan keprihatinan Ketengah menerusi Tabung CSR Ketengah Holding Sdn Bhd mengadakan program Ketengah Ambik Cakne, Majlis Penyampaian Sumbangan Back To School. Bertempat di Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya, seramai 240 orang pelajar telah menerima sumbangan ini yang disampaikan oleh Pengerusi Ketengah, Yang […]

SoftLaunching Tahun Melawat Kenyir 2021

SoftLaunching

Assalamualaikum dan Salam TMK 2021. Alhamdulillah, hari pertama Tahun Melawat Kenyir 2021 mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran pengunjung 2000 lebih setakat pagi ini. Untuk makluman semua, pada 1 Jan 2021 jam 9.00 pagi telah diadakan SoftLaunching Tahun Melawat Kenyir 2021 yang dirasmikan oleh Pengerusi Ketengah, YB. Senator Datuk Razali bin Idris diiringi oleh Pengurus […]

Program Asean Monsoon Casting Tournament (Special Edition) Tasik Kenyir

YB. Ustaz Ariffin Deraman

Satu Majlis Penyampaian Hadiah Program Asean Monsoon Casting Tournament (Special Edition) Tasik Kenyir sempena TMK2021 telah diadakan pada 2 Januari 2021 (Sabtu) bertempat di Sungai Leban Terengganu, Tasik Kenyir. Hadiah telah disampaikan oleh YB. Ustaz Ariffin Deraman, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital dan YM. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah.

Perutusan Tahun Baharu 2021

GM-tahun-baru-2020

Tahun Baharu 2021: Terus mengorak langkah memacu Wilayah Terengganu Tengah. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Luar Bandar. Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita menyambut kedatangan Tahun Baharu 1443 Hijrah dan Tahun Masihi 2021. Tahun 2020 berlalu begitu pantas dan kini kita telah melangkah ke […]