Sumbangan Back To School.

3 Januari 2021 merupakan tarikh yang bermakna bagi pelajar-pelajar dalam wilayah Ketengah. Ini berikutan keprihatinan Ketengah menerusi Tabung CSR Ketengah Holding Sdn Bhd mengadakan program Ketengah Ambik Cakne, Majlis Penyampaian Sumbangan Back To School.

Bertempat di Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya, seramai 240 orang pelajar telah menerima sumbangan ini yang disampaikan oleh Pengerusi Ketengah, Yang Berhormat Senator Datuk Razali Idris.

Seterusnya Yang Berhormat Senator Datuk Razali Idris, turut menyampaikan sumbangan Back To School ini di Dewan Orang Ramai Bukit Besi, kepada 240 orang pelajar yang diwakili oleh ibu bapa masing-masing.

Hadir sama ke program di Dewan؛Orang Ramai Ketengah Jaya ialah Yang Berhormat ADUN Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili dan di Dewan Orang Ramai Bukit Besi ialah Yang Berhormat Tuan Haji Roslee Daud serta pengurusan Ketengah.

SoftLaunching Tahun Melawat Kenyir 2021
placeholder
TAWARAN PENYEWAAN LOT PERKEDAIAN PUSAT KOMERSIAL GAWI DI PENGKALAN GAWI, TASIK KENYIR

Artikel Lain