Lawatan ke Projek Ternakan Lobster Air Tawar (Cherax Quadricarinatus)

Satu sesi lawatan pemantauan ke Projek Ternakan Lobster Air Tawar (Cherax Quadricarinatus) di Kampung Tanah Lot Batu 18, Taman Pulai Api, Ajil, Hulu Terengganu telah diadakan pada 23 April 2024. Sesi lawatan tersebut diketuai oleh YBrs Encik Zainuddin bin Hj Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH.

Projek Ternakan Lobster Air Tawar ini telah diusahakan oleh Koperasi An Nur Taman Pulai Api Terengganu Berhad di bawah Program Desa Lestari dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM648, 600.00. Pembangunan fizikal projek ini bermula pada 14 Disember 2022 dan aktiviti perternakan mula dilaksanakan pada 29 November 2023. Hasil pertama dijangka dapat dituai pada Jun 2024.

Lawatan pemantauan seperti ini diadakan secara berkala bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan mengikut sasaran projek agar dapat mencapai matlamat peningkatan pendapatan kepada Koperasi dan ahli-ahlinya.

Turut hadir pada sesi lawatan tersebut adalah Encik Adnan bin Awang Sulong, Pengurus Pemantauan dan Kawal Selia Anak Syarikat serta pegawai-pegawai KETENGAH yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek tersebut.

Lawatan Projek Ternakan Tilapia
Rumah Terbuka Aidilfitri KETENGAH

Artikel Lain