Lawatan Projek Ternakan Tilapia

Satu sesi lawatan ke Projek Ternakan Tilapia Dalam Kanvas Menggunakan Teknologi Rapid Biofloc di Akuatrop Sdn Bhd, Universiti Malaysia Terengganu telah diadakan pada 21 April 2024. Sesi lawatan tersebut diketuai oleh Encik Zainuddin bin Hj Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH.

Objektif utama sesi lawatan tersebut diadakan adalah bagi menimba ilmu berkaitan konsep penternakan tilapia yang telah dilaksanakan serta berkongsi pengalaman berkaitan kaedah pengurusan projek. Selain itu, ianya adalah untuk mengenalpasti keperluan, kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terlibat dalam pelaksanaan projek bagi tujuan mengadaptasikan Projek Ternakan Ikan Tilapia Rapid Biofloc ini dengan Projek Ternakan Tilapia KETENGAH.

Turut hadir ke sesi lawatan tersebut adalah Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan serta pegawai-pegawai KETENGAH yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek tersebut.

KETENGAH peruntuk RM5.9 Juta-Kemudahan Wifi Percuma Hotspot Desa
Lawatan ke Projek Ternakan Lobster Air Tawar (Cherax Quadricarinatus)

Artikel Lain